Galeri Petronas yang bertempat di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur City Centre (KLCC) sedang mengadakan Pameran Manah: Alam Pusaka Kehidupan yang menampilkan hasil estetika pribumi yang jarang diketengahkan di negara ini.  Pameran Manah yang diselia kurator jemputan Professor Madya Dr Baharudin Mohd Arus dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan pameran sulung di Galeri Petronas bagi tahun 2017.

Pameran Manah : Alam Pusaka Kehidupan (Februari – April 2017)

Pameran Manah: A Living Legacy ini berlangsung dari 14 Februari hingga 16 April 2017 dibuka untuk lawatan awam di Galeri Petronas, Tingkat 3, Suria KLCC dan masuk adalah percuma.

Antara program dan aktiviti yang diadakan bersempena dengan pameran ini adalah:

  • 4 Mac 2017 : Art Discussion – Kosmologi Alam Melayu
  • 10 Mac 2017 : Film Screening – The Timeless Temiar (1957)
  • 18 Mac 2017 : School Holiday Program –  Paper Mache Making with Shaq Koyok and Kendy Mitot
  • 26 Mac 2017 : Storytelling for Kids – Tales of the Kelabit Highlands with Alena Ose Murang
  • 15 April 2017 : Art Discussion – Music & Folktales of Indigineous Communities

Maklumat lanjut mengenai pameran ini boleh didapati dari laman web Galeri Petronas.