Bertempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), telah berlangsungĀ Pesta Sains dan Kejuruteraan Kuala Lumpur (KLESF) 2017 selama 3 hari bermula 3 hingga 5 November 2017. Pesta ini bertujuan untuk memupuk minat terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan juga matematik (STEM). Selain itu, KLESF 2017 juga merupakan sebuah platform untuk memberi penerangan kepada umum kepentingan pendidikan STEM terhadap kesejahteraan sosio-ekonomi dan juga pembangunan lestari. Program ini juga disokong oleh beberapa industri yang turut terlibat menjayakan pesta in di MIECC. Para industri yang terlibat membantu mempromosi pembelajaran dan juga peluang pekerjaan yang berkait rapat dengan elemen STEM. Program ini juga turut mendapat sambutan dari sekolah-sekolah yang tidak melepaskan peluang untuk hadir dan membuat pameran, serta berpeluang untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak industri yang terlibat.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri ketika menyampaikan ucapan perasmian

Pesta Sains dan Kejuruteraan Kuala Lumpur (KLESF) 2017 ini mendapat sokongan dari Kementerian Pelajaran Malaysia (MOE), Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Majlis Professor Negara (MPN), dan juga Institut Fizik Malaysia (IFM).

 

Pameran koleksi elefon lama menggunakan Augmented Reality di reruai Muzium Telekom

 

Team Wariscan tidak melepaskan peluang ini dengan turut bersama menjayakan pesta KLESF 2017 ini. Kali ini, Team Wariscan dijemput oleh 2 buah institusi iaitu Muzium Telekom dan juga MyMaker melalui KakiDIY. Pihak Wariscan menyediakan bahan pameran Augmented Reality disamping turut mempromosikan program Night at the Museum yang akan berlangsung di Muzium Telekom. Program tersebut memberi peluang kepada para peserta merasai pengalaman bermalam di Muzium Telekom sambil diisi dengan beberapa program-program menarik termasuk kelas Augmented Reality.

Pengunjung sedang melihat karya-karya yang disampaikan dengan Augmented Reality

Pameran Augmented Realiti berjaya menarik minat orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak

Selain itu, Team Wariscan turut menjayakan pameran Augmented Reality Arts dimana pameran ini mempersembahkan 13 koleksi karya seni dari 5 orang artis yang mengadakan debut mereka pada KLESF 2017. Karya seni mereka sedikit berbeza dengan karya-karya seni halus yang lain kerana mereka menggunakan persembahan Augmented Reality didalam mempersembahkan karya mereka.

Salah satu karya yang disampaikan melalui Augmented Reality

Dengan berakhirnya pesta KLESF ini, dapat disimpulkan bahawa negara kita semakin hampir ke arah industri 4.0 dimana industri negara akan tertumpu kepada Internet of Things, sistem maya-fizikal, Cloud Computing, serta Cognitive Computing. Segalanya dapat dilihat dari sudut pendidikan, seni, syarikat start-up, dan juga gaya hidup yang jelas tertumpu ke arah industri 4.0.

Team Wariscan bergambar bersama Wariscan ARtist