Perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Zahid Hamidi (sumber foto: majalahsains.com)

Pada 12 & 13 Oktober yang lalu, Wariscan bersama TM:RE telah menyertai Ekspo NICE 2017 yang berlangsung di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil. Ekspo NICE, atau National Innovation and Creative Economy ini berlangsung selama 5 hari bermula pada 12 sehingga 16 Oktober di 3 lokasi serentak. Antara lokasi yang menjadi tempat berlangsungnya ekspo ini adalah Taman Teknologi Malaysia, Planetarium Negara, dan Pusat Sains Negara. Ekspo yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi ini juga merupakan ekspo sains, teknologi, dan inovasi (STI) terbesar negara.

Tujuan penganjuran ekspo ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan serta membudayakan elemen sains, teknologi, dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya generasi pelapis. Ianya juga selaras dengan teras TN50 iaitu menggalakkan pengkomersialan berasaskan inovasi dan ekonomi kreatif bagi meningkatkan daya saing STI Negara.

 

Team Wariscan tidak melepaskan peluang peluang untuk turut serta menjayakan ekpo ini. Wariscan mengadakan pameran mengenai Augmented Reality di reruai TM bersama-sama beberapa syarikat lain antaranya, LightgearLab dan EasyTech Digitsal Solution yang turut mengadakan pameran di reruai TM.

 

Program sebegini sangat bagus dianjurkan kerana ia mampu membentuk sebuah budaya STI di kalangan rakyat Malaysia bagi mempersiapkan generasi akan datang dalam menerajui Malaysia ke arah ekonomi 4.0. Wariscan sentiasa menyokong usaha memartabatkan sains dan teknologi di negara ini.