Impact by Sam Karuna
Kini, beliau masih tekun mempromosikan ‘Dyetik’ di Malaysia dan juga di luar negara. Semangat dan rasa cinta beliau untuk seni halus ini tidak hanya terhad terhadap penghasilan karya seni beliau. Dengan tujuan untuk berkongsi minat dan menurunkan ilmu, beliau telah menubuhkan Pusat Latihan Seni Batik Halus bagi mereka yang berminat dalam seni ini tidak kira umur, kemahiran atau latar belakang. Sehingga kini, beliau telah mengajar dan melatih lebih daripada 13,000 pelajar seni dari dalam dan luar negara di Pusat Latihan Seni Batik Halus beliau
Selain sumbangan yang besar kepada dunia seni tanahair, beliau juga aktif dalam membantu memulihkan (restoration) pelbagai karya seni, termasuk lukisan-lukisan esklusif artis-artis terkenal seperti Allahyarham Dato’ Ibrahim Hussein. Beliau juga pakar dalam memulihkan karya-karya seni dari lukisan minyak, akrilik, mural, dan juga batik.
Dinner Time by Sam Karuna
Beliau adalah memainkan peranan penting dalam menjadikan acara UNESCO Batik yang diadakan di Dataran Merdeka pada Mei 2015 satu kejayaan yang besar. Beliau juga telah dijemput secara khas untuk mengadakan bengkel batik di Mongolia State University of Fine Art and Culture pada 17-22 Mei 2015. Hasil dari bengkel itu, pihak universiti telah meminta beliau merancang kurikulum ‘Batik Art’ di universiti tersebut. Ini adalah hanya sebahagian kecil daripada sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh Sam Karuna terhadap dunia seni tanahair.
Sebagai pelukis, beliau tidak hanya memikirkan penjualan hasil karya semata-mata, sebaliknya beliau mahu menyebarkan pengetahuan dan minat disamping menggalakkan kesedaran yang lebih besar terhadap Batik sebagai medium lukisan.
Gambar: Impact by Sam Karuna, Dinner Time by Sam Karuna, Kampung by Sam Karuna, and Penang Street by Sam Karuna. Kesemua gambar adalah hasil dari projek scanning Team Wariscan bersama En. Sam Karuna.